Monday, July 14, 2008

BERMULANYA KISAH SEORANG PENTERNAK LINTAH

Kepada Rakan Semua,
Di sini, aku ingin berkongsi pengalaman dengan semua tentang kehidupan aku sebagai penternak lintah. Kisah nya bermula 6 bulan yang lepas. Dimana bos tempat aku berkerja bercerita tentang lintah. Geli jugak bila berfikir tentang lintah. Yelah, dulu, habis satu kampung aku pecut, bila ada satu ekor lintah kat kaki.
Bos aku ni, dah malas nak layan kerja kat kilang. Waktu beliau tengah mengular, bos aku ni suka server internit. Terbaca satu artikel tentang penternak lintah secara komesial dan disini bermulalah idea beliau untuk membela lintah. Satu perangai dia ni, suka bercerita dan salah satu cerita yang sentiasa berulang-ulang di telinga aku adalah lintah dan dia sanggup pergi ke ladang kawannya untuk melihat sendiri macam mana ternakan lintah. Siap tunjuk gambar lagi kat aku.... Bila dah tengok gambar tu, mula lah aku minat nak tahu lebih lagi. Boleh dikatakan aku dah mula terjebaklah ni.
Bos dah mula tersangkut dan betul-betul nak buat projek lintah ni. Yang aku pulak nak tahu gak, ok ke projek lintah ni. Selepas buat beberapa perhitungan, tu pun ilmu tak seberapa sangat, kami mula mengorak langkah. Kalau kat kilang aku, dia orang panggil FA (First article). Bos aku ni, nak buat kat belakang umah dia. Dalam kolam simen. Aku dengan kawan aku sorang lagi (namanya mail) nak buat guna polytank.
Bos aku, dengan pengalamannya, siap satu kolam. Besar gak. Dalam 12 kaki panjang, 6 kaki lebar, 3 kaki tnggi. Besar gak tu. Dalam 2 minggu lebih gak dia buat sorang-sorang. Menyimen dan plaster sendiri. Pas tu, kena neutralkan kolam. Bos aku ni gunakan nenas. Sagat kolam dengan nenas dan biar berendam dengan air nenas dalam 2 minggu gak.
Aku pulak, senang je. Beli polytank 200 gelen dan buat inflow dan outflow. Tak sampai pun 1 minggu. Yelah, mat kilang. Kerja 12 jam. Malam je ada kat rumah. Jiran mail dah pikir yang bukan-bukan je bila aku buat kerja malam-malam kat rumah mail. Lepas salur air siap, aku tebuk penutup tank untuk pengudaraan. Lubang tu, aku tutup pulak dengan jaring nyamuk. Nak mengelakkan nyamuk. Span, letak gak sekeliling tank, nak mengelakkan lintak naik keluar dari tank aku. Lepas tu, aku masukkan pasir. Pasir aku mintak (pau) dengan bos aku. Aku letak pasir dalam 2 inci tinggi. Lepas tu, biar kan dalam seminggu, nak tunggu air hujan. Rumah mail, tak da perigi, maka kita orang pun pakai lah air hujan. Lepas air hujan penuh (bawah takat outflow) aku pun letak lah dalam 100 ekor dengan pokok kiambang. Maka, jadi lah seperti gambar kat bawah tu. Ni pun, benih aku ambil dengan bos aku, member dia jual. Batu-batu dengan lumut pun aku letak gak.
Sekian buat masa ini, kita sambung lagi pada episod 2 nanti, dimana aku disuruh oleh bakal mak mentua aku untuk pergi kursus....
























No comments: